Pages

Wednesday, November 11, 2009

bolasepak malaysia " sendiri kais , sendiri makan "






Boleh dikatakan terlalu jauh ranking malaysia dengan brazil ataupun kuasa besar bolasepak lain , dan terlalu hina pula pemain malaysia disepak terajang oleh peminat tempatan yang terlalu dahagakan 'sedikit' kejayaan.Padahal ia bukanlah 100 % salah pemain di atas padang.Mereka hanyalah display bagi apa yang telah diprogramkan.Dan siapa sebenarnya 'Programmer' bagi permainan bolasepak di Malaysia???

Sedikit saya selitkan muzik di sini.Contoh di Indonesia , pekerjaan paling diingini anak-anak muda di sana adalah menjadi artis seperti kris dayanti . agnes monica atau ariel peterpan.Dengan rakyat yang ramai , dan peluang yang banyak menyebabkan kehidupan nyanyian di jalanan dianggap sebagai pemandangan biasa sahaja.Ini menyebabkan mudahnya bakat-bakat baru untuk ditonjolkan kerana sekeliling mereka memang sudah tersedia anak muda yang menanti untuk diketengahkan.Fenomena ini sama seperti permainan bolasepak di brazil di mana kerjaya pemain bolasepak sangat diinginkan oleh rakyat mereka setelah apa yang telah dilakukan oleh pele, dunga, ronaldo dan bintang-bintang sebelumnya yang hidup selesa berbanding kebanyakan rakyat yang lain.


Memang sukar bagi Malaysia sebagai negara membangun untuk menerbitkan suasana seperti di negara indonesia atau brazil.Tapi bagaimana pula bagi negara maju yang gah dalam bolasepak ?Contohnya Jepun dan Korea.Pemain mereka sekarang adalah benih yang disiram berbelas-belas tahun dahulu.Jika malaysia mampu memberi tentangan kepada jepun dan korea pada zaman dahulu , mengapa malaysia terlupa untuk menyiram ? Jepun dan korea amat berlawanan dengan brazil mahupun argentina.Mereka menggunakan kemajuan yang ada dalam semua aspek.Dahulu , Mokhtar Dahari mampu melihat muka pemain jepun tetapi sekarang cuba bandingkan safee sali dengan shinji ono , nakata dan pemain asia lain.Amat ketara sekali saiz pemain mereka dengan pemain malaysia mahupun asia tenggara.







Dari segi pentadbiran pula , berilah jawatan kepada mereka yang betul-betul kaki bola.Bukanlah kepada mereka yang gilakan pangkat atau pun mempunyai hubungan dengan orang atas.Kelemahan pentadbiran boleh dilihat dalam pasukan negeri di malaysia di mana pasukan kedah jatuh mendadak setelah menukar pentadbiran.Mengapa pengurus yang membawa kejayaan boleh disingkirkan?Mengapa jurulatih dan pemain seakan-akan lari dari pentadbiran baru? Jika dikatakn kebetulan , bagaimana dengan pasukan perak? Kualiti pentadbiran juga harus diambil kira kerana lihat kepada kelantan dan negeri sembilan yang bersih dari rungutan pemain dan kaitangan lain dalam pasukan lalu mampu untuk menggegar musim ini.Ini bukanlah soal politik , tetapi soal siapa yang layak untuk mengangkat martabat bolasepak dari segi pengalaman.





















FAM sebagai badan induk bolasepak malaysia terlalu dibebani dengan hal-hal yang sepatutnya boleh diusahasamakan oleh persatuan negeri contoh program mencungkil bakat-bakat cilik.Beban yang dihentak ke kepala FAM juga menyebabkan FAM banyak membuat keputusan yang pelik-pelik dan bagai orang yang berputus asa.Antaranya isu pemain import yang keluar masuk bermain liga M, kuantiti pasukan dalam liga M dan pelbagai lagi.

Keputusan untuk tidak membenarkan pemain import agak bijak dengan niat untuk menonjolkan bakat-bakat tempatan yang selalu dipinggirkan jurulatih tempatan sebelum ini.Tetapi ini menyebabkan berlakunya perlumbaan mendapatkan bintang pemain tempatan pula di kalangan pasukan negeri.Dan sudah tentu pasukan yang mempunyai kewangan kukuh tidak menghadapi masalah seperti selangor yang berjaya mengumpul pemain kebangsaan.Kelantan juga berjaya ke perlawanan akhir dengan peruntukan yang tinggi pada musin ini.Alangkah indahnya jika setiap pasukan negeri menggunakan anak jati negeri tersebut.

Begini, setiap pemain harus berkhidmat kepada negeri kelahirannya selama 5 tahun sebelum dibenarkan untuk meninggalkan pasukan negeri.Bagi pasukan yang ketandusan pemain tempatan , sudah tentu mereka tiada pilihan lain selain dari mendidik anak jati sendiri demi pembangunan bolasepak negeri tersebut.Situasi ini ibarat seperti ' Sendiri kais , Sendiri makan , Kalau tak kais , Tiada makanan ".Ini secara langsung dapat mengurangkan beban FAM untuk melakukan program bakat-bakat baru dan mungkin FAM boleh melakukan kerja-kerja yang lebih sesuai seperti mengelolakan pembayaran gaji setiap pemain di negara ini.

itulah antara pandangan untuk bolasepak negara..

tak gatal kaki dah sekarang..

1 comment:

Cik Angah said...

'Dari segi pentadbiran pula , berilah jawatan kepada mereka yang betul-betul kaki bola.Bukanlah kepada mereka yang gilakan pangkat atau pun mempunyai hubungan dengan orang atas' <--cik angah sangat setuju...

sampai bile bolasepak msia berada d takuk yg lama?