Pages

Wednesday, November 11, 2009

bolasepak malaysia " sendiri kais , sendiri makan "






Boleh dikatakan terlalu jauh ranking malaysia dengan brazil ataupun kuasa besar bolasepak lain , dan terlalu hina pula pemain malaysia disepak terajang oleh peminat tempatan yang terlalu dahagakan 'sedikit' kejayaan.Padahal ia bukanlah 100 % salah pemain di atas padang.Mereka hanyalah display bagi apa yang telah diprogramkan.Dan siapa sebenarnya 'Programmer' bagi permainan bolasepak di Malaysia???

Sedikit saya selitkan muzik di sini.Contoh di Indonesia , pekerjaan paling diingini anak-anak muda di sana adalah menjadi artis seperti kris dayanti . agnes monica atau ariel peterpan.Dengan rakyat yang ramai , dan peluang yang banyak menyebabkan kehidupan nyanyian di jalanan dianggap sebagai pemandangan biasa sahaja.Ini menyebabkan mudahnya bakat-bakat baru untuk ditonjolkan kerana sekeliling mereka memang sudah tersedia anak muda yang menanti untuk diketengahkan.Fenomena ini sama seperti permainan bolasepak di brazil di mana kerjaya pemain bolasepak sangat diinginkan oleh rakyat mereka setelah apa yang telah dilakukan oleh pele, dunga, ronaldo dan bintang-bintang sebelumnya yang hidup selesa berbanding kebanyakan rakyat yang lain.


Memang sukar bagi Malaysia sebagai negara membangun untuk menerbitkan suasana seperti di negara indonesia atau brazil.Tapi bagaimana pula bagi negara maju yang gah dalam bolasepak ?Contohnya Jepun dan Korea.Pemain mereka sekarang adalah benih yang disiram berbelas-belas tahun dahulu.Jika malaysia mampu memberi tentangan kepada jepun dan korea pada zaman dahulu , mengapa malaysia terlupa untuk menyiram ? Jepun dan korea amat berlawanan dengan brazil mahupun argentina.Mereka menggunakan kemajuan yang ada dalam semua aspek.Dahulu , Mokhtar Dahari mampu melihat muka pemain jepun tetapi sekarang cuba bandingkan safee sali dengan shinji ono , nakata dan pemain asia lain.Amat ketara sekali saiz pemain mereka dengan pemain malaysia mahupun asia tenggara.







Dari segi pentadbiran pula , berilah jawatan kepada mereka yang betul-betul kaki bola.Bukanlah kepada mereka yang gilakan pangkat atau pun mempunyai hubungan dengan orang atas.Kelemahan pentadbiran boleh dilihat dalam pasukan negeri di malaysia di mana pasukan kedah jatuh mendadak setelah menukar pentadbiran.Mengapa pengurus yang membawa kejayaan boleh disingkirkan?Mengapa jurulatih dan pemain seakan-akan lari dari pentadbiran baru? Jika dikatakn kebetulan , bagaimana dengan pasukan perak? Kualiti pentadbiran juga harus diambil kira kerana lihat kepada kelantan dan negeri sembilan yang bersih dari rungutan pemain dan kaitangan lain dalam pasukan lalu mampu untuk menggegar musim ini.Ini bukanlah soal politik , tetapi soal siapa yang layak untuk mengangkat martabat bolasepak dari segi pengalaman.





















FAM sebagai badan induk bolasepak malaysia terlalu dibebani dengan hal-hal yang sepatutnya boleh diusahasamakan oleh persatuan negeri contoh program mencungkil bakat-bakat cilik.Beban yang dihentak ke kepala FAM juga menyebabkan FAM banyak membuat keputusan yang pelik-pelik dan bagai orang yang berputus asa.Antaranya isu pemain import yang keluar masuk bermain liga M, kuantiti pasukan dalam liga M dan pelbagai lagi.

Keputusan untuk tidak membenarkan pemain import agak bijak dengan niat untuk menonjolkan bakat-bakat tempatan yang selalu dipinggirkan jurulatih tempatan sebelum ini.Tetapi ini menyebabkan berlakunya perlumbaan mendapatkan bintang pemain tempatan pula di kalangan pasukan negeri.Dan sudah tentu pasukan yang mempunyai kewangan kukuh tidak menghadapi masalah seperti selangor yang berjaya mengumpul pemain kebangsaan.Kelantan juga berjaya ke perlawanan akhir dengan peruntukan yang tinggi pada musin ini.Alangkah indahnya jika setiap pasukan negeri menggunakan anak jati negeri tersebut.

Begini, setiap pemain harus berkhidmat kepada negeri kelahirannya selama 5 tahun sebelum dibenarkan untuk meninggalkan pasukan negeri.Bagi pasukan yang ketandusan pemain tempatan , sudah tentu mereka tiada pilihan lain selain dari mendidik anak jati sendiri demi pembangunan bolasepak negeri tersebut.Situasi ini ibarat seperti ' Sendiri kais , Sendiri makan , Kalau tak kais , Tiada makanan ".Ini secara langsung dapat mengurangkan beban FAM untuk melakukan program bakat-bakat baru dan mungkin FAM boleh melakukan kerja-kerja yang lebih sesuai seperti mengelolakan pembayaran gaji setiap pemain di negara ini.

itulah antara pandangan untuk bolasepak negara..

tak gatal kaki dah sekarang..

Monday, November 9, 2009

lukisan wanita


atiqah bt tarmizi..budak ni perangai macam avril lavigne.Pelik,,Macam monyet tp dia comel..heheh..gambar dia smua pelik2..tengah melompat , merangkak , gigit botol..apa benda ar dia ni..tp ada la satu gambar yang agak ayu...so aku lukis la..

x susah lukis muka dia sbb time aku tgh mlukis ,, perangai dia yang kelakar tu wat kerja aku jadi mudah..asyik tersengih sorang2 ja aku..aku xleh lupa teka teki rosman yg dia bg aku...mcm nk hentak kpala dia..klakar oi...

lukisan ni aku amek masa 2 jam lebih..pastu aku pasang lagu muse..i belong to you..mmg ar...nk lukis muka pompuan mmg kna lgu jiwang skit..susah lagi lukis muka pompuan banding lelaki..muka pompuan mcam ada sumthing yg malu2 nak ditonjolkan..maksud aku..kalu lelaki yg bermuka petak, mmg kaw2 petak punya..yg pompuan lak mcm petak sikit, kali kedua tgk bujur skit..jerawat lg la..kalu lelaki,, nah !!! sekawan jerawat tapi kbnyakan pompuan jerawat malu2 nak kluar..

tapi aku buat jugak lukisan ni sbb lukisan makin susah makin kecik kpala aku dibuatnya, makin feel mlukis..lagipon apa lagi aku nak wat selagi DIA izinkan tangan aku terus menggatal..

Sunday, November 8, 2009

mana pemadam??


Kat sebelah ni aku ler...xda la ensem..cuping tlinga ada mcm leonardo di caprio tp yg len made in kodiang la..hehehe..
potret ni aku wat amek masa dalam 2 jam lebih kot..time ni aku da bosan lukis gmbr orang lain...and nk test power lukis gmbr sendiri tgk...

time tu sunyi sangat rumah aku..kakak aku balik rumah mertua..mood aku pn tengah cun sbb xda org wat aku bengang siang td.xda yg carik gaduh ngan aku pon..kt tv plak xda cerita gerabak, yg ada pn cta bangang TEN TEN TEN.So mmg feel la mlm tu...

pastu aku masuk bilik aku amek guitar n lyan 2,3 lagu dulu...melalak lagu ntah apa2..ni kira mcm warming up ni...huh!!bukan..aku bukan banyak songeh...tp mmg nk amek mood kna layan dulu...

siap tbentang kt depan kertas lukisan...ditemani si cantik manis pensil staedtler 100-3b yg sedia menari di atas lantai putih...ceeewwahh...pndai aku bermadah..hak3..aku cucuk hp kt speaker...n cri lgu yg masyuk ngn apa yg aku nk lukis..daaann...dapat !!! the ghost of you by mcr. mmg kena ah ...

pastu pe lagi...goodbye kpada hp..goodbye kpd makanan..goodbye dunia ...aku da x hiraukan benda lain...feel lukis mmg x dpt dgmbrkn..lagi2 lukis gambar sendiri..mesti mau perfect punya..khusyuk sgt smpai hbeh kuku aku digigitnya...kdg2 tu ada gak halangan n benda2 yg potong stim...cri pmadan x jumpa...tgk2 ada kt bwh bontot aku ja pon..blik semak kn..hehhe...

nnti aku letak lg lukisan aku...selagi tangan aku gatal.