Pagi yang cerah dan girang , tiada apa-apa makna bagi dirinya.Melangkah menuruni tangga rumah dengan longlai lesu.Kuno tahu, hari-harinya sama saja , tiada gembira apatah lagi hari ini keputusan subjek lukisan yang selalunya Kuno gagal akan disemak.
Dalam termenung memilirkan nasibnya, Kuno terjaga dari lamunan melihat dua kelibat manusia berlari mengejarnya dari belakang.Apakan daya si kurus keding yang lemah seperti Kuno hendak memecut laju dari dikejar 2 orang yang rupanya rakan sekelas Kuno . Semakin hampir mendapatkan Kuno, mereka melompat dan menerkam Kuno lalu dibelasahnya Kuno sesuka hati. Habis pakaian Kuno koyak rabak belumpun sampai ke sekolah. "Hahahahahaha...puas hati aku" kata salah seorang rakan sekelas Kuno. Kemudian dibalas rakannya " Petang ni balik sekolah . kita belasah lagi nak??" "aku jalan ja" kata rakannya lagi setuju sambil berjalan meneruskan perjalanan ke sekolah.
Kuno bangun dan mengerang kesakitan lalu menggosok gosok seluar dan bajunya yang dikotori tanah merah.Kuno tidak menghiraukan sakit lebam dibadannya, sedikit pun Kuno tidak merasa malu diperhatikan rakan2 kelas yang lain.Yang lebih dirisaukan Kuno adalah bekal makanan yang diberi Untie Jareza sebagai santapan Kuno disekolah. Untie Jareza adalah pendatang asing.Untie Jarezalah yang menjumpai Kuno di dalam perigi kering di hujung bandar lalu dijaganya Kuno sehingga dewasa kini.
Lantas Kuno membuka beg sekolah kusamnya dan berasa lega apabila mendapati bekal makanannya masih dalam keadaan baik. Bukan sedikit calar dan lebam dibadan Kuno akibat dibelasah rakan-rakannya tadi, tetapi Kuno sudah lali dengan situasi begini. Saban hari ada saja malang buatnya, Jika bukan malang yang tidak disengajakan, ada-ada saja rancangan rakan-rakannya untuk kerjakan Kuno sehinggakan ada pelajar yang mencatatkan 'belasah Kuno' sebagai hobi di dalam biodata. Jika dahulu Kuno marah, Kuno melawan, tapi bila difikirkan semula, Kuno menyerah atas alasan, dia memang seorang yang gagal. Kuno pernah dikencing beramai ramai akibat menjaringkan gol sendiri ketika beriadah dahulu.Kuno memang tidak pandai bersukan. Ketika menyanyikan lagu kebangsaan, memang Kuno menyerlah, tapi bukan kerana suaranya yang lunak, tapi kerana suaranya seakan anjing menyalak apabila ditarik pada nada yang tinggi. Satu sekolah termasuk guru-guru dihadapan ketawakan Kuno. Ada juga gurunya secara nakal menggelarnya Kuno Tahir sempena nama penyanyi terkenal masa itu.Itulah kuno, lemah dari segala aspek. Yang kuno tahu hanyalah menconteng yang mana Kuno anggap sebagai bakatnya yang terbaik. Itu saja yang Kuno mahu dan tahu buat. Sejak kecil lagi Kuno melukis. Kelas lukisan tidak pernah dipontengnya. Malah dengan penuh minat Kuno memahami apa yang diajar guru lukisan. Namun Kuno tetap gagal. Kegagalan Kuno bukanlah disabotaj oleh sesiapa, tapi memang kenyataannya lukisan kuno macam cakar ayam, kaku dan berselerak. Walaupun gagal, Kuno tetap berusaha kerana melukis adalah satu-satunya minat Kuno dan dianggap sebagai kehidupan oleh Kuno.Dengan melukis Kuno dapat bercerita kerana Kuno tiada sesiapa untuk berborak melainkan Untie Jareza.Dengn melukis juga Kuno dapat ketawa seorang diri kerana Kuno tiada astro untuk menonton Raja Lawak di rumahnya. Bagi Kuno ' Biarlah badannya hancur berkecai, asalkan dibiarkan tangannya bebas melukis'. Itulah falsafah pelik bagi orang yang kurang cerdik seperti Kuno. Mustahil tangannya mampu melukis lagi sedangkan badan sudah tidak bernyawa? atau persoalan ini bakal menjadi satu persoalan bodoh buat orang yang menyoal?
Lewat 10 minit , Kuno menjejak kaki ke dalam kelas yang bising kerana guru belum sampai. Perlahan-lahan Kuno duduk dikerusinya tanpa memandang rakan-rakan yang lain. Ada bisik-bisik suara gadis kedengaran dibelakang mengeji Kuno tetapi Kuno sudah kalis keji sekian lamanya. Separuh daripada pelajar kelas Kuno adalah perempuan , namun tiada seorang pun yang pernah menegur Kuno. Pada awal persekolahan dulu, pernah juga Kuno ada perasaan ingin berkasih-kasih. Dicubanya gadis o.k.u yang dirasakannya mudah namun tetap ditolak. Apatah lagi gadis-gadis ;ain yang semestinya akan ketawa apabila Kuno meluahkan ayat-ayat puitis.
Tiba-tiba kelas menjadi sunyi. Berderap bunyi langkah pelajar2 berlari duduk di tempat masing2.Encik Bragona, guru lukisan di kelas Kuno, menuju ke meja depan kelas. Riak muka serius dan bengis. Dia suka menghukum pelajarnya yang mengbuat bising atau ketawa di dalam kelas. Seperti biasa selpas meletakkan buku-bukunya, Encik Bragona memusing-musingkan badan meregangkan urat2 badannya tanpa mengubah muka yang bengis itu.Pelajar-pelajar semuanya diam dan hanya memerhatikan guru mereka seperti bersedia untuk sesuatu yang dasyat. mereka amat gerunkan guru yang seorang ini. Tiba-tiba dengan tak semena mena, Encik Bragona membuat tarian poco-poco sambil mulutnya membunyikan gendang mengikut tempo. Wajahnya yang tadi bengis berubah seperti charlie chaplin. Sesiapa yang mnyaksikan aksi Encik Bragona mesti ketawa terbahak-bahak kecuali Kuno dan pelajar sekelasnya kerana mereka tahu itu adalah umpan, Setiap hari ada saja bahan jenaka untuk membuat pelajar ketawa, lalu pelajar itu akan dihukum atas alasan membuat bising dalam kelas. Itulah perangai buruk Encik Bragona yang dibenci pelajar.Selepas didapati dirinya gagal membuatkan pelajar kelasnya ketawa, Encik Bragona berhenti menari dan duduk kembali ke kerusinya dan teru membuat wajah serius. Pelajar-pelajar pula menarik nafas lega sambil mengesat mata yang berair akibat menahan dari ketawa sebentar tadi.
Kuno memerhatikan gelagat gurunya itu. Kuno amat berharap lukisannya kali ini lulus selepas bertungkus lumus. Ingin sangat Kuno menyambung pelajaran ke institut lukisan. Kuno tidak mahu pembelajaran dan minatnya dalam lukisan terhenti sekadar di sekolah. Kuno ingin mengubah nasibnya, disanjung dan mengecapi pelbagai kejayaan sebagai warna dalam kehidupannya yang sentiasa gelap.
Encik Bragona bingkas bangun dari kerusi setelah selesai menyemak lukisan pelajar. Mereka menanti dengan penuh debaran keran ini adalah tahun terakhir pengajian mereka. Inilah yang akan menentukan masa depan mereka.
Seorang demi seorang nama pelajar dipanggil dan kebanyakan dari mereka lulus dengan cemerlang kecuali si malang Kuno. Namanya langsung tidak dipanggil oleh Encik Bragona. Dengan segera Kuno bangun menanyakan lukisannya keran Kuno seorang saja lagi yang belum dipanggil. " Ampun guru, saya belum mendapat lukisan dan markah lagi" kata Kuno bernada perlahan. " oh..Lukisan kamu saya dah koyak minggi lepas semasa awak hantar kepada saya. Lukisan macam tu tak layak untuk peningkan otak saya memikirkan markah. Dah macam lukisan kat dinding piramid, jadi saya pos pada firaun dalam tong sampah tu." kata Encik Bragona sinis
Jika dibelasah, diludah dan dihina memang Kuno tak kisah, tetapi lukisan yang dihasilkan dengan penat lelah dilayan sebegitu buat Kuno marah. Kuno tak dapat menahan marah lagi, tiba-tiba pandangan matanya kabur, bumi bagai berputar dan Kuno rebah.
Keadaan gelap dan dari jauh Kuno ternampak kelibat lelaki berbadan sasa datang kearahnya. Wajah lelaki itu tidak jelas kerana dilitupi kabus. Kuno menjerit kepada lelaki itu ' Pergi ! Jangan-jangan kau yang buat aku malang begini..pergi...kenapa kau selalu muncul????pergi!!!!! " jerit Kuno lagi memandangkan lelaki itu selalu datang dalam hidup Kuno dari dulu lagi.
Kuno terjaga, dirinya terlantar seorang diri di lantai hadapan kelas. Keadaan sunyi kerana semua pelajar sudah pulang. Kuno langsung tidak dipedulikan. Guru dan rakan-rakannya sudah biasa dengan sawan yang dialami Kuno. Kuno akan mengalami sawan apabila marah atau diluar kawalan. Didalam tempoh sawan itulah Kuno akan didatangi lelaki berbadan sasa itu.
Kuno bangun dan mengesat buih di mulutnya lalu mengorak perlahan pulang ke rumah diiringi matahari yang layu menukar malam.Rupanya sawan Kumo tadi amat panjang hingga ke hujung petang.
Berpeluh baju kuno dikejar anjing liar semasa mahu pulang ke rumah. Sampainya di depan muka pintu rumah kayu buruknya itu, Kuno membuka pintu dan terperanjat melihat Untie Jareza yang selama ini menjadi satu-satunya insan yang menyanyanginya terlantar terbaring ke lantai ruang tamu. Kuno berlari mendapatkan Untie Jareza. Dilihat kesan tikaman di badan untie Jareza. Kesan darah tikaman sudah kering menunjukkan yang Untie Jareza sudah lama terbunuh. Sayangnya Kuno terhadap Untie Jareza, Kuno mencium-cium mulut Untie Jareza seakan akan melakukan CPR namun Untie Jareza tiada respon.Kuno menggoncang badan Untie Jareza , tidak dapat menerima hakikat yang Untie Jareza sudah tiada. Sepintas lalu kenangan indah bersama Untie Jareza terbayang membuatkan Kuno terduduk termenung di sudut ruang tamu yang kecil itu sambil memerhatikan mayat Untie Jareza. Kuno pelik seketika, dahinya berkerut apabila imbasan semula kenangan bersama Untie Jareza gelap dan hitam. Visual memori indahnya bersama Untie Jareza tiada. Mulut Kumo bergerak sedikit demi sedikit lalu ketawa terbahak bahak memandangkan dirinya dan Untie Jareza sebenarnya tiada kenangan indah. Untie Jareza hanya menyediakan makan ke sekolah. Pulang sahaja dari sekolah, Kuno akan melihat Untie Jareza yang sedang nyenyak tidur. Sejak kecil lagi, mereka tidak pernah keluar nersiar-siar mahupon berborak walaupon dibela sejak kecil. Masing-masing suka menyendiri.
Kuno tidak faham kenapakan Untie Jareza dibunuh. Adakah ini satu lagi penganiayaan terhadapnya?Kuno akhirnya nekad mahu meninggalkan anjing yang selalu mengejarnya, meninggalkan rakan-rakan sekolah yang selalu membuli, meninggalkan rasa kecewa yang selalu mengiringi hidupnya...Kuno nekad mahu meninggalkan kehidupan ini. Perlahan lahan Kuno menjat tangki air kilang berdekatan, Satu persatu anak tangga didakinya. Segala kekecewaan dikeluarkan habis habisan. Kuno nekad mahu membunuh diri dengan terjun dari tangki yang setinggi 20 kaki itu. Niatnya hanya mamhu menamatkan riwayat hidup tanpa menghiraukan berapakah markah yang akan diberi oleh juri memandangkan Kuno tahu dirinya bukan terlibat dalam acara terjun papan anjal olimpik.
Seperti yang anda semua jangkakan, kelibat lelaki tinggi berbadan sasa itu muncul. Kali ini bukan di dalam sawan Kuno lagi. Lelaki itu muncul di alam realiti bersama rupanya yang segak berpakaian seperti orang zaman dahulu. " apa yang kau nak lagi? Tepi sikit. Aku nak bunuh diri ni." kata Kuno dengan lemah.
" Nanti dulu!! maksud aku..leeekkk luuuuhhhhh....!! kata lelaki berbadan sasa itu dengan suara yang besar dan kasar. " Aku tidak mahu kau akhiri hayat kau dengan cara begini setelah apa yang kau lakukan untuk manusia abad ini " sambung lelaki itu.Kuno membalas " aku tiada sesiapa, aku tak punya apa-apa. Biarkan aku pergi.
lelaki itu membalas lagi " Kau punyai tamadun, sejarah dan penyanjung". Kuno mencebik muka menganggap dirinya diperli. Belum sempat Kuno berkata kata, lelaki itu memegang tangan Kuno dan berkata " Mari aku buktikan siapa kau sebenarnya" kata lelaki itu mengerti bahawa Kuno tidak akan percayakan kata-katanya berdasarkan mimik muka Kuno." Pejamkan mata" sambung lelaki itu lagi. Kumo menurut.
Semasa memejamkan mata, Kuno terdengar suara orang ramai sayup-sayup dari jauh. Seakan akan sedang menyorak sesuatu. Semakin lama semakin kuat kedengaran bagaikan mereka ada di sekelilingnya. Akahirnya Kuno membuka matanya. ALANGkah terkejutnya Kuno apabila mendapati dirinya betul2 di dalam lingkungan masayarakat yang ramai yang berpakaian seperti lelaki di sebelahnya. Kuno menoleh ke arah lelaki itu untuk menanyakan seuatu namun lelki itu sudah tiada. Ingin sahaja Kuno memanggil lelaki itu tetapi memandangkan Kuno tidak mengetahui nama lelaki itu, kuno membatalkan sahaja niatnya itu.
Kuno takut dan terkejut dengan apa yang dialaminya sekarang.
Orang ramai bersorak sorak membuatkan perhatiannya teralih kearah ingin tahu apa yang disorakkan. Kuno meredah ribuan orang-orang yang berbadan sasa itu namun amat payah sekali. Lalu Kuno memanjat belakang salah seorang dari mereka namun diherdik oleh lelaki itu. Kuno hairan kerana mereka menggunakan bahasa yang pelik dan tidak pernah didengari sepanjang hidupnya. Kuno bertambah hairan lagi papbila dirinya sendiri meminta maaf di dalam ' bahasa mereka' juga.
Diusahakan lagi untuk mengetahui apakah yang disorak mereka membuatkan Kuno sanggup meredah lautan manusia itu lagi. Akhirnya Kuno berada hampir di barisan hadapan. Rupanya mereka sedang menyaksikan satu proses hukuman kejam diman seorang lelaki diikat kaki dan tangannya kemudian dilibas berkali kali. kemudian suasana menjadi sunyi. Kelihatan seorang lelaki berpakaian seperti firaun maju ke tengah gelanggang hukuman.
-x hbeh lg ni...letih menaip...benti sat na...hehehe..aku wat on the spot nih..time aku bosan gila xdak geng kt sini..huahauhua
Saturday, May 7, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)