Pages

Saturday, August 13, 2011

ultras???

Sorry buat ultras mana yg x kena mngena...mula2 skali aku nk ucap syabas buat ultras yg berjaya mnghidupkan sorakan di stadium malaysia...seronok tgk anak muda sama2 ganding bahu mnyokong pasukan..tapi makin lama makin melampau..aku berani kata ada anak muda yg anggap ultras ni mcm Pekida plak... dah berpuak puak..asingkan mana yg join atau x..x mesra rakyat la kiranya...kita yg nak join ni dia perlekehkan..padahal dia bru naik tanduk lepas stadium pggil..bukannya dia gerak stadium bgun... dah hilang rasa hormat pada org lain sebab dia ada angkata tentera..memang dah hidung tinggi... Sukahati nak maki...contoh aku bagi adalah admin sbuah page ultras di facebook.. memang takkan ke  mana...


ultras kedah the best... bukan mcm ultras tu..

Friday, July 29, 2011

PENYOKONG MALAYSIA..ke mana kamu tika MALAYSIA ke bawah?

selepas perlawanan antara malaysia vs singapore yg mewujudkan fenomena baru di kalangan rakyat malaysia...hati aku terpikir satu benda...kemana perginya penyokong zaman kejatuhan malaysia???

PENYOKONG MALAYSIA..ke mana kamu tika MALAYSIA ke bawah? mungkin darah belum tumpah ke tanah??(berdasarkan slogan tumpahnya darahku)... sedih hati aku sebab tgk kt kedai mamak ja perlawanan yang ditunggu-tunggu tu sebab kesan dari segelintir rakyat malaysia yang  mengaut keuntungan(ulat tiket)..

Keesokan harinya..ramai yang borak sambil menunjuk2 gambar ketika berada di stadium...aku mengaku memang aku cemburu...tapi yang pasti..mereka tidak faham dan tidak mendalami apa itu penonton dan penyokong...menggelar diri mereka penyokong setia..tapi aku tengok kebanyakan gambar diambl ketika perlawanan berlangsung...kenapa tak sokong??kenapa x tengok??? kalau aku yang ke stadium...kalau aku x menjerit, tak sengaja tersepak orang depan bawah, tak gigit kuku..itu bukan aku...kadang2 aku plak yang bagi arahan macam aku ni player...push uppp!!!! hold bola..lori belakang!!! rasa macam aku plak yang bermain satu pasukan dengan team yang aku sokong...perkara ni tak terjadi kalu aku tengok man utd, arsenal atau kelab2 luar negara yang aku x bgi jiwa aku ....tapi kalu aku sokong malaysia dan team negeri aku ja,..

apa-apa pon tahniah buat anak muda yang menggelarkan diri mereka ultras...teringin aku nak join tapi kekangan waktu kerja memang betol2 membantutkan hasrat aku...mereka sentiasa menyorak, menyanyi, . inilah penyokong...inilah bezanya tgk di rumah dan tengok di stadium...harapan aku agar PENYOKONG2 Malaysia akan lebih bersemangat dan meriahkan lagi arena bolasepak negara.

- nak ja aku ponteng keja satu hari utk beli tiket...tp sbb penah kena buang keja utk beli tiket final piala F.A dulu..aku mengucap bnyak2 tahan godaan plawanan Malaysia vs Singapore..tharu tgk 2 player malaysia buat aksi akrobatik serentak utk dapatkan gol.(bukti mereka berikan jiwa,raga dan  NYAWA berperang untuk negara)

http://www.youtube.com/watch?v=S9ir1YjKaiU&feature=related

contohi mereka..bukan ikuti mereka..ok..bye2

Saturday, July 23, 2011

Malaysia vs EPL 'big boys'

sedih sangat...bukan sedih sebab kalah...tapi sedih lagi tengok pnyokong malaysia yang pakai baju kelab2 epl tu sokong team tu 'menentang PASUKAN NEGARA. Bukan tak boleh...boleh...tapi cuba kita tengok dari aspek khidupan harian... contoh kita ada anak.. anak nak itu..nak ini..kita tak dapat bagi sebab belom gaji...anak marah dan tak bercakap ngn kita..bila dah gaji,,anak nak itu,,anak nak ini..smua kita bagi...tapi anak tetap membelakangkan kita....kecik hati tak?

dulu malaysia lembik..sana sini kena bantai...sekarang player dah tebus...mula dengan sukan sea...ingat senang ka nak menang sukan sea?lpas tu piala AFF SUZUKI..kita dah 'pegang' serantau.. lagi pjuangan masih berterusan dalam kelayakan olimpik dan piala dunia...malaysia kekal bergaya...kenapa masih 'kekal' perkecilkan skuad negara????

player malaysia sekarang dah jadi seorang ayah yg berkecil hati dgn anaknya..mcm cerita contoh kat atas... tak malu pon kalu malaysia kalah ngn team epl sebab dari segi saiz fizikal dan peruntukan kewangan memang sangat berbeza...player kita muda2 lagi dah korbankan masa remaja dengan bolasepak..orang lain bercuti beraya...berpuasa dgn keluarga..tapi player malaysia berlatih di luar negara.korbankan hari cuti..hari bersuka ria..itu belum kira patah riuk yang mereka dapat semasa bermain untuk negara...contoh paling dekat mcamana lutut aidil zafuan dipijak pemain lawan untuk menyelamatkan keadaan yg cemas diserang pemain taiwan tempoh hari..mengerang kesakitan dan terus dibawa keluar..adakah aidil rela dipijak semata mahu melihat penyokong memakai jersey arsenal,liverpool mahupon chelsea??

hairan dan pelik...kenapa mesti skuad epl????sebab duit?? ini psikologi...dah tahu ada game besar dan penting???kenapa mesti jatuhkan mental pmain dengan mengatur plawanan yg 'sudah tahu kputusannya'?kenapa bukan negara arab yg setengah langkah tahap dari kita???knapa bukan thailand yg senang utk ulang alik adakan 2,3 kali perlawanan dengan malaysia??terpulanglah kepada sesiapa untuk membuat penilaian..samada FAM gilakan duit???gilakan glamer???(boleh bwak family amek gmbr ngn john terry...penyokong x dapat pon..dia yg dapat)..dari segi mental...setiap kekalahan akan menyebabkan semangat atau aura semakin hilang...itulah yg dihadapi pmain malaysia..fitness dan kekuatan fizikal boleh dilonjakkan dengan mudah berbanding mentaliti pmain yg dibina berasaskan keyakinan diri sendiri..fikir2 balik..memang betol lirik lagu "muse-knight of cydonia"...how can we win ,if the fool can be king???

bolasepak malaysia memang belum sampai kemuncak(selagi tak tumpaskan korea dan japan mcam dulu)...tapi inilah langkah positif..kita sedang mengorak langkah...jadilah penyokong yg sayangkan pasukan  negara...ini maruah kita yg perlu dijulang...kita ada lagenda..kita ada hari gemilang yg lalu sbgai piawai untuk mencapai objektif....

sekian...
- masih pkai baju malaysia zaman shahrul azhar kapten dulu...

Saturday, May 7, 2011

kisah dongeng : MENCORET DINDING PIRAMID KUNO

         Pagi yang cerah dan girang , tiada apa-apa makna bagi dirinya.Melangkah menuruni tangga rumah dengan longlai lesu.Kuno tahu, hari-harinya sama saja , tiada gembira apatah lagi hari ini keputusan subjek lukisan yang selalunya Kuno gagal akan disemak.

         Dalam termenung memilirkan nasibnya, Kuno terjaga dari lamunan melihat dua kelibat manusia berlari mengejarnya dari belakang.Apakan daya si kurus keding yang lemah seperti Kuno hendak memecut laju dari dikejar 2 orang yang rupanya rakan sekelas Kuno . Semakin hampir mendapatkan Kuno, mereka melompat dan menerkam Kuno lalu dibelasahnya Kuno sesuka hati. Habis pakaian Kuno koyak rabak belumpun sampai ke sekolah. "Hahahahahaha...puas hati aku" kata  salah seorang rakan sekelas Kuno. Kemudian dibalas rakannya " Petang ni balik sekolah . kita belasah lagi nak??" "aku jalan ja" kata rakannya lagi setuju sambil berjalan meneruskan perjalanan ke sekolah.

          Kuno bangun dan mengerang kesakitan lalu menggosok gosok seluar dan bajunya yang dikotori tanah merah.Kuno tidak menghiraukan sakit lebam dibadannya, sedikit pun Kuno tidak merasa malu diperhatikan rakan2 kelas yang lain.Yang lebih dirisaukan Kuno adalah bekal makanan yang diberi Untie Jareza sebagai santapan Kuno disekolah. Untie Jareza adalah pendatang asing.Untie Jarezalah yang menjumpai Kuno di dalam perigi kering di hujung bandar lalu dijaganya Kuno sehingga dewasa kini.
    Lantas Kuno membuka beg sekolah kusamnya dan berasa lega apabila mendapati bekal makanannya masih dalam keadaan baik. Bukan sedikit calar dan lebam dibadan Kuno akibat dibelasah rakan-rakannya tadi, tetapi Kuno sudah lali dengan situasi begini. Saban hari ada saja malang buatnya, Jika bukan malang yang tidak disengajakan, ada-ada saja rancangan rakan-rakannya untuk kerjakan Kuno sehinggakan ada pelajar yang mencatatkan 'belasah Kuno' sebagai hobi di dalam biodata. Jika dahulu Kuno marah, Kuno melawan, tapi bila difikirkan semula, Kuno menyerah atas alasan, dia memang seorang yang gagal. Kuno pernah dikencing beramai ramai akibat menjaringkan gol sendiri ketika beriadah dahulu.Kuno memang tidak pandai bersukan. Ketika menyanyikan lagu kebangsaan, memang Kuno menyerlah, tapi bukan kerana suaranya yang lunak, tapi kerana suaranya seakan anjing menyalak apabila ditarik pada nada yang tinggi. Satu sekolah termasuk guru-guru dihadapan ketawakan Kuno. Ada juga gurunya secara nakal menggelarnya Kuno Tahir sempena nama penyanyi terkenal masa itu.Itulah kuno, lemah dari segala aspek. Yang kuno tahu hanyalah menconteng yang mana Kuno anggap sebagai bakatnya yang terbaik. Itu saja yang Kuno mahu dan tahu buat. Sejak kecil lagi Kuno melukis. Kelas lukisan tidak pernah dipontengnya. Malah dengan penuh minat Kuno memahami apa yang diajar guru lukisan. Namun Kuno tetap gagal. Kegagalan Kuno bukanlah disabotaj oleh sesiapa, tapi memang kenyataannya lukisan kuno macam cakar ayam, kaku dan berselerak. Walaupun gagal, Kuno tetap berusaha kerana melukis adalah satu-satunya minat Kuno dan dianggap sebagai kehidupan oleh Kuno.Dengan melukis Kuno dapat bercerita kerana Kuno tiada sesiapa untuk berborak melainkan Untie Jareza.Dengn melukis juga Kuno dapat ketawa seorang diri kerana Kuno tiada astro untuk menonton Raja Lawak di rumahnya. Bagi Kuno ' Biarlah badannya hancur berkecai, asalkan dibiarkan tangannya bebas melukis'. Itulah falsafah pelik bagi orang yang kurang cerdik seperti Kuno. Mustahil tangannya mampu melukis lagi sedangkan badan sudah tidak bernyawa? atau persoalan ini bakal menjadi satu persoalan bodoh buat orang yang menyoal?

Lewat 10 minit , Kuno menjejak kaki ke dalam kelas yang bising kerana guru belum sampai. Perlahan-lahan Kuno duduk dikerusinya tanpa memandang rakan-rakan yang lain. Ada bisik-bisik suara gadis kedengaran dibelakang mengeji Kuno tetapi Kuno sudah kalis keji sekian lamanya. Separuh daripada pelajar kelas Kuno adalah perempuan , namun tiada seorang pun yang pernah menegur Kuno. Pada awal persekolahan dulu, pernah juga Kuno ada perasaan  ingin berkasih-kasih. Dicubanya gadis o.k.u yang dirasakannya mudah namun tetap ditolak. Apatah lagi gadis-gadis ;ain yang semestinya akan ketawa apabila Kuno meluahkan ayat-ayat puitis.

Tiba-tiba kelas menjadi sunyi. Berderap bunyi langkah pelajar2 berlari duduk di tempat masing2.Encik Bragona, guru lukisan di kelas Kuno, menuju ke meja depan kelas. Riak muka serius dan bengis. Dia suka menghukum pelajarnya yang mengbuat bising atau ketawa di dalam kelas. Seperti biasa selpas meletakkan buku-bukunya, Encik Bragona  memusing-musingkan badan meregangkan urat2 badannya tanpa mengubah muka yang bengis itu.Pelajar-pelajar semuanya diam dan hanya memerhatikan guru mereka seperti bersedia untuk sesuatu yang dasyat. mereka amat gerunkan guru yang seorang ini. Tiba-tiba dengan tak semena mena, Encik Bragona membuat tarian poco-poco sambil mulutnya membunyikan gendang mengikut tempo. Wajahnya yang tadi bengis berubah seperti charlie chaplin. Sesiapa yang mnyaksikan aksi Encik Bragona mesti ketawa terbahak-bahak kecuali Kuno dan pelajar sekelasnya kerana mereka tahu itu adalah umpan, Setiap hari ada saja bahan jenaka untuk membuat pelajar ketawa, lalu pelajar itu akan dihukum atas alasan membuat bising dalam kelas. Itulah perangai buruk Encik Bragona yang dibenci pelajar.Selepas didapati dirinya gagal membuatkan pelajar kelasnya ketawa, Encik Bragona berhenti menari dan duduk kembali ke kerusinya dan teru membuat wajah serius. Pelajar-pelajar pula menarik nafas lega sambil mengesat mata yang berair akibat menahan dari ketawa sebentar tadi.
   
            Kuno memerhatikan gelagat gurunya itu. Kuno amat berharap lukisannya kali ini lulus selepas bertungkus lumus. Ingin sangat Kuno menyambung pelajaran ke institut lukisan. Kuno tidak mahu pembelajaran dan minatnya dalam lukisan terhenti sekadar di sekolah. Kuno ingin mengubah nasibnya, disanjung dan mengecapi pelbagai kejayaan sebagai warna dalam kehidupannya yang sentiasa gelap.
 

                Encik Bragona bingkas bangun dari kerusi setelah selesai menyemak lukisan pelajar. Mereka menanti dengan penuh debaran keran ini adalah tahun terakhir pengajian mereka. Inilah yang akan menentukan masa depan mereka.


                 Seorang demi seorang nama pelajar dipanggil dan kebanyakan dari mereka lulus dengan cemerlang kecuali si malang Kuno. Namanya langsung tidak dipanggil oleh Encik Bragona. Dengan segera Kuno bangun menanyakan lukisannya keran Kuno seorang saja lagi yang belum dipanggil. " Ampun guru, saya belum mendapat lukisan dan markah lagi" kata Kuno bernada perlahan. " oh..Lukisan  kamu saya dah koyak minggi lepas semasa awak hantar kepada saya. Lukisan macam tu tak layak untuk peningkan otak saya memikirkan markah. Dah macam lukisan kat dinding piramid, jadi saya pos pada firaun dalam tong sampah tu." kata Encik Bragona sinis
 
                Jika dibelasah, diludah dan dihina memang Kuno tak kisah, tetapi lukisan yang dihasilkan dengan penat lelah dilayan sebegitu buat Kuno marah. Kuno tak dapat menahan marah lagi, tiba-tiba pandangan matanya kabur, bumi bagai berputar dan Kuno rebah.
Keadaan gelap dan dari jauh Kuno ternampak kelibat lelaki berbadan sasa datang kearahnya. Wajah lelaki itu tidak jelas kerana dilitupi kabus. Kuno menjerit kepada lelaki itu ' Pergi ! Jangan-jangan kau yang buat aku malang begini..pergi...kenapa kau selalu muncul????pergi!!!!! " jerit Kuno lagi memandangkan lelaki itu selalu datang  dalam hidup Kuno dari dulu lagi.
Kuno terjaga, dirinya terlantar  seorang diri di lantai hadapan kelas. Keadaan sunyi kerana semua pelajar sudah pulang. Kuno langsung tidak dipedulikan. Guru dan rakan-rakannya sudah biasa dengan sawan yang dialami Kuno. Kuno akan mengalami sawan apabila marah atau diluar kawalan. Didalam tempoh sawan itulah Kuno akan didatangi lelaki berbadan sasa itu.
Kuno bangun dan mengesat buih di mulutnya lalu mengorak perlahan pulang ke rumah diiringi matahari yang layu menukar malam.Rupanya sawan Kumo tadi amat panjang hingga ke hujung petang.
     

                    Berpeluh baju kuno dikejar anjing liar semasa mahu pulang ke rumah. Sampainya di depan muka pintu rumah kayu buruknya itu, Kuno membuka pintu dan terperanjat melihat Untie Jareza yang selama ini menjadi satu-satunya insan yang menyanyanginya terlantar terbaring ke lantai ruang tamu. Kuno berlari mendapatkan Untie Jareza. Dilihat kesan tikaman di badan untie Jareza. Kesan darah tikaman sudah kering menunjukkan yang Untie Jareza sudah lama terbunuh. Sayangnya Kuno terhadap Untie Jareza, Kuno mencium-cium mulut Untie Jareza seakan akan melakukan CPR namun Untie Jareza tiada respon.Kuno menggoncang badan Untie Jareza , tidak dapat menerima hakikat yang Untie Jareza sudah tiada. Sepintas lalu kenangan indah bersama Untie Jareza terbayang membuatkan Kuno terduduk termenung di sudut ruang tamu yang kecil itu sambil memerhatikan mayat Untie Jareza.  Kuno pelik seketika, dahinya berkerut  apabila imbasan semula kenangan bersama Untie Jareza gelap dan hitam. Visual memori indahnya bersama Untie Jareza  tiada. Mulut Kumo bergerak sedikit demi sedikit lalu ketawa terbahak bahak memandangkan dirinya dan Untie Jareza  sebenarnya tiada kenangan indah. Untie Jareza hanya menyediakan makan ke sekolah. Pulang sahaja dari sekolah, Kuno akan melihat Untie Jareza yang sedang nyenyak tidur. Sejak kecil lagi, mereka tidak pernah keluar nersiar-siar mahupon berborak walaupon dibela sejak kecil. Masing-masing suka menyendiri.

                Kuno tidak faham kenapakan Untie Jareza dibunuh. Adakah ini satu lagi penganiayaan terhadapnya?Kuno akhirnya nekad mahu meninggalkan anjing yang selalu mengejarnya, meninggalkan rakan-rakan sekolah yang selalu membuli, meninggalkan rasa kecewa yang selalu mengiringi hidupnya...Kuno nekad mahu meninggalkan kehidupan ini. Perlahan lahan Kuno menjat tangki air kilang berdekatan, Satu persatu anak tangga didakinya. Segala kekecewaan dikeluarkan habis habisan. Kuno nekad mahu membunuh diri dengan terjun dari tangki yang setinggi 20 kaki itu. Niatnya hanya mamhu menamatkan riwayat hidup tanpa menghiraukan berapakah markah yang akan diberi oleh juri memandangkan Kuno tahu dirinya bukan terlibat dalam acara terjun papan anjal olimpik.

                    Seperti yang anda semua jangkakan, kelibat lelaki tinggi berbadan sasa itu muncul. Kali ini bukan di dalam sawan Kuno lagi. Lelaki itu muncul di alam realiti bersama rupanya yang segak berpakaian seperti orang zaman dahulu. " apa yang kau nak lagi? Tepi sikit. Aku nak bunuh diri ni." kata Kuno dengan lemah.
" Nanti dulu!! maksud aku..leeekkk luuuuhhhhh....!! kata lelaki berbadan sasa itu dengan suara yang besar dan kasar. " Aku tidak mahu kau akhiri hayat kau dengan  cara begini setelah apa yang kau lakukan untuk manusia abad ini " sambung lelaki itu.Kuno membalas " aku tiada sesiapa, aku tak punya apa-apa. Biarkan aku pergi.
 lelaki itu membalas lagi " Kau punyai tamadun, sejarah dan penyanjung". Kuno mencebik muka menganggap dirinya diperli. Belum sempat Kuno berkata kata, lelaki itu memegang tangan Kuno dan berkata " Mari aku buktikan siapa kau sebenarnya" kata lelaki itu mengerti bahawa Kuno tidak akan percayakan kata-katanya berdasarkan mimik muka Kuno." Pejamkan mata" sambung lelaki itu lagi. Kumo menurut.

                 Semasa memejamkan mata, Kuno terdengar suara orang ramai sayup-sayup dari jauh. Seakan akan sedang menyorak sesuatu. Semakin lama semakin kuat kedengaran bagaikan mereka ada di sekelilingnya. Akahirnya Kuno membuka matanya. ALANGkah terkejutnya Kuno apabila mendapati dirinya betul2 di dalam lingkungan masayarakat yang ramai yang berpakaian seperti lelaki di sebelahnya. Kuno menoleh ke arah lelaki itu untuk menanyakan seuatu namun lelki itu sudah tiada. Ingin sahaja Kuno memanggil lelaki itu tetapi memandangkan Kuno tidak mengetahui nama lelaki itu, kuno membatalkan sahaja niatnya itu.
Kuno takut dan terkejut dengan apa yang dialaminya sekarang.

               Orang ramai bersorak sorak membuatkan perhatiannya teralih kearah ingin tahu apa yang disorakkan. Kuno meredah ribuan orang-orang yang berbadan sasa itu namun amat payah sekali. Lalu Kuno memanjat belakang salah seorang dari mereka  namun diherdik oleh lelaki itu. Kuno hairan kerana mereka menggunakan bahasa yang pelik dan tidak pernah didengari sepanjang hidupnya. Kuno bertambah hairan lagi papbila dirinya sendiri meminta maaf di dalam ' bahasa mereka' juga.
Diusahakan lagi untuk mengetahui apakah yang disorak mereka membuatkan Kuno sanggup meredah lautan manusia itu lagi. Akhirnya Kuno berada hampir di barisan hadapan. Rupanya mereka sedang menyaksikan satu proses hukuman kejam diman seorang lelaki diikat kaki dan tangannya kemudian dilibas berkali kali. kemudian suasana menjadi sunyi. Kelihatan seorang lelaki berpakaian seperti firaun maju ke tengah gelanggang hukuman.





-x hbeh lg ni...letih menaip...benti sat na...hehehe..aku wat on the spot nih..time aku bosan gila xdak geng kt sini..huahauhua

Saturday, April 16, 2011

kembara krew animasi ke tanjung leman...


 penjajah tanjung leman 2010....
dari kiri : cla , fizi,aku,epol,botak,katak,paan,malakaw,mus
depan bawah " nick n pokcik

bermula dengan cakap2 kosong trus jadi....tu la budak2 animasi...mmg power bab men langgar mlanggar nih..skali ckp trus jd..tp sbnarnya ada gak yg x jd..hehehe..mula2 budak2 animasi ni plan nk kembara ke umah aku kat kodiang kedah..truja sgt la aku...sbb satu sem aku x blik kg g...walaupon x jd aku ucap tima kasih la sbb tkuar gak dari mulut korang nk lepak tempat aku...so plan berubah ke rumah cla di tenggaruh..aku on ja...sbb aku mmg da plan sem last ni aku nk jalan2...

dekat 2 minggu gak perancangan diatur...takut nnti ada benda yg akan memotongkan 'kestiman' mlancong ..apa pnya ayat da...sbnarnya kami ni sedih sgt sbb kos lain byak bjalan n kurang pkai duit...geng animasi lak projek byak sgt pkai duit..utk assgnment xyah ckp la..smua nk print kaler..pameran lg...tp its ok la..time pameran tu pon budak animasi dah "box office" sgt da..ramai kos lain jeles tgk hasil2 kerja bdk animasi...masa depan tu kan...hmm...masa depan..so kami manfaatkan dendam dan kemasaman otak masing2 utk meredah liku likuan dlm menjayakan kembara ni...

1st thnks kpd cik ita (lec bjiwa rakyat) yg sudi join budak2 animasi yg tpinggir nih..pastu kpd shila yg handle makan minum  utk kwan2...kpd malakaw yg bg pinjam van bapak dia...fahmi,pokcik sbb tlong aku wat gempak( bendera ala2 penjajah british n kain rentang ).

kpd cla yg hampir2 putus asa sbb ada ckp2 blakang kwn2 yg xmau ikut..relax...jgn gelabah...aku jarang join aktiviti2 jalan2 ntah apa2..tp bila aku ckp aku join...aku tetap join..n aku bjaya gak sebarkan virus hasutan keramat aku...so kan da ramai yg follow..hahahaha...(buat bendera yg sempoi n kain rentang pastu letak kt lantai umh 2,3 ari...sapa terpandang mesti la tdetik pnya hati dia nk ikut..aku mmg keji dlm diam2..hehehehhee)

dengan bajet sorang rm50 alhamdulillah bjaya gak projek ni..jom tepuk tgn ramai2...!!


persiapan terakhir sebelum bertolak.


mus memperagakan kain rentang...ada ka kos lain yg berkhemah siap kain rentang???xda kan..kita yg pertama...


ni la bendera penjajah...

dah bertolak...tgh isi myak kt stesen segamat berdekatan

dlm 2,3 jam gak sampai kt hentian highway macap...sbb nk kurangkan kos..ada syarat bg setiap peserta iaitu "x aci makan kat kedai makan"..hehehe..cian kat krew yg poket nipis..nk gak makan kalu tgk kwn lain mkn..da janji kan..

ini kantin pertama...rumah botak..hambek mkanan kt sini ...perot dah membuak buak da ni...lama tu x mkn..

ni la knderaan yg kami guna..van n keta epol..thnks epol dtg membantu last minit.

adoi..x igt plak nama tmpat ni...benti mkan kat tepi sungai...dekat2 umah botak gak.
suasana dlm van riuh ngn lagu2 yg disumbangkan oleh paan yg bsuara sumbang..hahahha

dari segamat ke tenggaroh dekat 6 jam gak...ni la umh shella hatta.oit mus mnguap plak tu.

perjalanan jauh wat krew animasi penat n tbongkang tido depan tv umh cla..mampos..mcm rumah sendiri da..hahaha


pg besoknya sarapan disponsor oleh mak shella...tq makcik..

ni la port kami...depan2 pntai...tgn wat keja pasang khemah dlm hati siapa yg tawu..(x sbar dah nk berendam)

da siap pasang khemah wat2 mcm da biasa ngn laut..kononnya x heran sgt ngn laut la tuh..hahahha..

angin kuat...kain rentang ni la bukti apa yg kami nak...kami nak satu kembara yang bebas..xda masa makan..masa ceramah..ikut suka hati mau bt apa...tp kami jempot gak lec sorang sbg pagar dari bt benda pelik2.err...bukan la cik ita pagar..tp lbh kurg macam tu la...hish tgk2 markah web animation aku kurang sbb cik ita bc nih...hahaha

bendera dipacak...tgk la rekaan bentuk bendera tuh..ala2 zaman british..hahaha

ni la port dickson..eh!! port kami kt tanjung leman nih.best ui...angin dia mcm kt tepi pantai..la...mmg tpi pntai pon..

time makan..sbnarnya xda time pon..ikut perot ja nk sumbat..tp mkn ramai2 bru best...


aku dah lenguh tangan menaip...hahahahaha

Friday, November 12, 2010

aku..penghukum si durjana.

masa depan mmg susah nk jangka....sedangkan esok pon susah nk jangka...apatah lg 10 taun akan datang...sesetengah org plan mcm2...tp x jd pon...ada gak yg jadi...bukan senang nk jadi senang....ni zaman remaja...dah byak gak aku korban...aku x isap dadah.aku  x msuk club...aku x mrempit...aku x pnah main pompuan..tu bkorban....smata utk jadi org yg masih ada landasan...

tp kadang2...dunia mmg pelik..bila jadi baik..org buli..jd jhat..keja nk buli org...aku ni xtaw la yg jenis pemarah ka..peramah ka...tp ksimpulannya ...aku da x konfiden yg kwan ble tolong kita ...slamanya.....kwn mesti berubah-ubah...kalu dia bt silap...trus hukum...sebab kalu diberi muka...aku yg  kena hukum..

da byak tmpat aku stay...tp di melaka ni la yg paling truk....byak drama...penat sgt2 nk selalu snyum kt org kita x suka....pendam lama2 x guna..nk ja aku ajak dia p padang...pastu slow talk ngn dia...kalau  dia nk kaki talk pon aku on ja...da lama x bgusti ngn org ni...x kisah la ang lg tua dari aku ka...ang lg byak duit dari aku ka...

aku letih sgt2 tahan rasa marah...sampaikn org yg xda kena ngena pon dah kena tempias...benda kecik yg sblum ni aku ble senyum2 lg pon dah xleh handle...mesti aku hukum...

aku pnya style...slagi org x tnya...aku xkn jwab..tu yg masalah tu...lg satu style aku...kalu aku da minat tuh...mmg aku akan bt sungguh2 sampai aku dpt cnquer benda tuh..ni pasti....la ni aku da minat utk jadi "penghukum si durjana"...so aku akan bt sungguh2..apa yg aku rasa patut..